my pages

Sunday, November 21, 2010

soon to be my dad is my lover(4)


Ashrina nampak simple mengenakan baju blouse berwarna hitam bersama dengan jacket brwarna merah dan skirt paras peha berwarna hitam manakala Puan Jasmin mengenakan gaun berlabuci berwarna unggu tua nampak menawan.Daniel pula mengenakan t-shirt berwarna hitam dan berseluar jean.Kereta Suzuki Swift milik Puan Jasmin berhenti di perkarangan Restoran mewah Grand Arshinery.

'Mama,kita nak jumpa siapa ni?'tanya Denial buat kali ke 10

'wei boleh tak kau senyap dari rumah sampai kat sini kau asyik tanya soalan yang sama je kau nak aku hentam kepala kau ke baru kau nak senyap!'kata Ashrina yang sudah naikm serabut dengan soalan adiknya itu

'nanti Denial jumpa la orang tu'jawad Puan Jasmin buat kali ke 10 juga'jom lah masuk dalam'Ashrina dan Denial hanya mengikut Puan Jasmin masuk kedalam restoran yang mewah itu.Kelihatan seorang pemuda memakai suit berwarna hitam sedang tersenyum kearah Puan Jasmin lalu dia menarik kerusi untuk Puan Jasmin.Ashrina dan Denial memerhatikan pemuda itu dan mamanya dengan kehairanan

'Ash dan Niel buat apa lagi tercegat disitu duduk lah'Lalu Ashrina dan Denial duduk berhadapan dengan Puan Jasmin dan Irsyad.Ashrina cuba mengamati wajah pemuda itu

'muka dia pernah aku nampak tapi dimana ya?'Ashrina cuba mengingati wajah pemuda dihadapannya itu

Flashback kejadian di cafeteria

'buat apa aku nak sopan santun dengan perempuan yang bersuara macam katak dibawah tempurung?Sepatutnya dia yang patut sopan santun dulu nak kata kat aku atau ayah dia tak tahu nak ajar cara dia sopan santun kot'

'kau memang dah melampau!'hatinya semakin sebak lalu air matanya yang cuba dia tahan jatuh di pipinya yang gebu itu.Dia menghampiri Irsyad yang buat muka yang tidak bersalah langsung dan 'PANG!!!'semua mata memandang kejadian itu.Adam yang tapi asyik belebel ke Irysad kaget

'Dengar sini!Ayah aku dah ajar cara sopan santun yang betul tapi seseorang itu yang membuat aku menjadi kurang ajar seperti sekarang ni!Kau jangan sesekali mempersalahkan ayah aku!!!faham tak!'lalu dia segera beredar dari situ.

Ashrina membulatkan matanya.Jejaka dihadapannya adalah jejaka yang mengatakan bahawa ayahnya tidak mengajarnya sopan santun lalu Ashrina bangkit dari kerusinya'kau buat apa kat sini?Irsyad kehairanan bila Ashrina menayakan soalan itu.Puan Jasmin dan Denial saling berpandangan

'kita pernah jumpa ke?'tanya Irsyad kehairanan

'wowo mudahnya kau lupa segala kejadian tadi kan?'Ashrina tersenyum sinis

'kejadian tadi?Maksud awak?'Irsyad cuba mengingati

'Tepat pada pukul 10 pagi di cafeteria Elizebeth private kolej multimedia and art'Ashrina merenung tajam mata jejaka hadapannya

Irsyad merenung wajah Ashrina'kau rupanya gadis bersuara macam katak dibawah tempurung!'Irsyad tersenyum sinis

'kau panggil aku apa!!'Ashrina sudah naik hantu

'kau pekak ke apa hah?Aku panggil kau gadis bersuara macam katak dibawah tempurung!!'Irsyad meninggikan suaranya.

'kau tu dasar lelaki yang berlagak handsome!'

'well memang patut pun aku berlagak handsome sebab aku memang pun dah handsome'Denial tergelak .Ashrina merenung tajam adiknya

'what?Korang ni kelakar la'kata Denial yang cuba menahan gelaknya

'kelakar kau cakap aku hentam juga kepala budak ni'Ashrina bengang

'sudah!Korang bertiga tak malu ke hah?Semua orang tengok korang!'kata Puan Jasmin yang sudah lama berdiamkan diri

'but mom...'

'Ash!Stop it please!!And Irsyad saya nak minta maaf atas kesilapan anak saya'kata Puan Jasmin malu

'tak bukan silap anak awak tapi silap saya'bulu roma Ashrina naik mendengar ayat yang terkeluar dari mulut Irsyad

'mom what happen now?Ash tak faham lah!Mom please explain!'

'sebenarnya mama akan.......'